Tuesday 16 October 2012

CERPEN ANAK-ANAK PEJUANG (GHAZALI LATEH)

ANAK GLOBAL

CERPEN 2   : ANAK-ANAK PEJUANG – GHAZALI LATEH
1. Tema
Cerpen ini bertemakan semangat cintakan tanah air yang dimiliki oleh generasi yang hidup sewaktu zaman pramerdeka demi mempertahankan kemerdekaan tanah air. Pak Denan merupakan individu yang mewakili kelompok masyarakat melayu yang masih menebal semangat cinta akan tanah air dalam dirinya selepas mengharungi detik yang sukar di bawah pemerintahan penjajah. Pak Denan telah lama berhasrat untuk turut serta dalam perarakan menyambut Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur walaupun dibatasi oleh usianya yang tua. 

2.    Persoalan
-       Persoalan perbezaan pemikiran berhubung perjuangan
-       Persoalan berhubung sikap mengambil berat perasaan orang tua
-       Persoalan tentang pengalaman seseorang yang akan mencorakkan kehidupannya.
-       Persoalan berhubung nilai sebuah kemerdekaan. 

3.    Watak dan Perwatakan
a)    Pak Denan
-       Seorang pejuang. Merupakan seorang pejuang kemerdekaan. Menjelajah ke seluruh kampung untuk memupuk semangat perjuangan dalam kalangan rakyat pada masa tersebut.
-       Berpendirian tegas. Bertekad untuk pergi ke Kuala Lumpur kerana  menyertai Sambutan Hari Kebangsaan.
-       Suka membantu. Membantu Ah Yau dan anak-anaknya semasa darurat  dengan memberi perlindungan kepada mereka.
-       Tidak mementingkan sanjungan. Tidak peduli walaupun namanya tidak tercatat  dalam buku sejarah sebagai seorang pejuang kebangsaan.
-       Tidak meminta dihargai . Pak Denan tidak pernah meminta sumbangannya dihargai.
b)    Abdul Rahman
-       Merupakan anak sulung Pak Denan. Abang kepada Abdul Razak. Diberi nama tersebut sempana  menghargai perjuangan Perdana Menteti pertama, Tunku Abdul Rahman.
-       Seorang yang berpendidikan tinggi dan hidup mewah di bandar. Taksub dengan kehidupan mewah dan tidak menganggap perbuatan meraikan Hari Kemerdekaan sebagai sesuatu yang penting.
-       Tidak menepati janji. Berpura-pura bersetuju untuk memenuhi permintaan ayahnya  membawanya menyertai perarakan kemerdekaan.
-       Seorang anak yang tidak memahami perasaan  orang tua yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. 
-       Seorang anak yang mementingkan diri sendiri kerana menganggap kehadiran ayahnya ke Kuala Lumpur  akan menyusahkan diri mereka.

c)    Abdul Razak
-       Anak bongsu Pak Denan. Adik kepada Abdul Rahman. Namanya juga diambil daripada nama salah seorang pemimpin Negara iaitu Tun Abdul Razak. Kematian ibu ketika berumur 5 tahun.
-       Bersikap seperti abangnya yang tidak menghargai perjuangan bapa mereka sendiri, iaitu Pak Denan.
-       Bersikap lepas tangan kerana saling menyalahkan satu sama lain apabila mendapati Pak Denan hilang dari rumah.
d)    Ah Bee
-       Umurnya sebaya dengan Abdul Rahman . Seorang peniaga sayur-sayuran di Kuala Lumpur. Anak kepada rakan Pak Denan iaitu Ah Yau
-       Seorang yang bersikap mengenang jasa. Oleh kerana Pak Denan pernah membantu mereka sekeluarga semasa darurat maka Ah Bee sentiasa membantu Pak Denan ketika kesusahan.   

4.    Plot

a.    Permulaan
Pak Denan menyatakan hasratnya untuk menyertai perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan kepada anak-anaknya. Anak-anaknya kurang bersetuju,, oleh itu mereka  terpaksa berbohong untuk menjaga perasaan Pak Denan.
b.    Perkembangan
Pak Denan menunggu  kepulangan anak-anaknya sehingga menjelang malam. Akhirnya Pak Denan nekad pergi ke Kuala Lumpur bersendirian dengan meminta pertolongan Ah Bee. Kebetulan Ah Bee ingin ke Kuala Lumpur untuk menghantar sayur-sayurannya ke sana.
 
c.    Puncak/klimaks
Keesokan harinya Abdul Rahman pulang ke kampung , namun didapati Pak Denan telah hilang. Dalam perjalanan pulang ke bandar, Abdul Rahman singgah di kedai kopi Maniam untuk bertanyakan tentang Pak Denan. Dia dikejutkan dengan sorakan orang kampong yang melihat kemunculan Pak Denan di kaca televisyen
d.    Penurunan
Abdul Rahman dan Abdul Razak saling menyalahkan di antara satu sama lain. Mereka ke Dataran Merdeka tetapi sambutan Hari Kemerdekaan telah selesai. Alhirnya mereka menemui Pak Denan di depan Tugu Negara.
e.    Peleraian
Abdul Rahman dan Abdul Razak menyesal akan sikap mereka yang tidak menghargai dan menghayati perjuangan bapa mereka
5.    Latar Masa
-       Latar masa sekitar tahun 2002 kerana watak utama menjelaskan negara kita sudah 45 tahun mencapai kemerdekaan.
-       Zaman pramerdeka/ sebelum merdeka. Pak Denan menjelajah ke seluruh kampung untuk meniupkan semangat perjuangan menentang penjajah.
-       Malam sebelum sambutan hari kemerdekaan. Pak Denan menunggu kepulangan anak-anaknya yang telah berjanji untuk membawanya ke Kuala Lumpur. sehingga malam. Ah Bee juga sedang memuatkan sayur ke dalam lorinya untuk dihantar ke Kuala Lumpur pada malam itu.
-       Di Tugu Negara, kuala Lumpur. Pak Denan ditemui oleh anak-anaknya berada di hadapan Tugu Negara. Pak Denan menyindir anak-anaknya yang tidak mempunyai semangat perjuangan sehingga mereka menyesal dengan sikap mereka selama ini yang gagal memahami perjuangan ayah mereka.


6.    Latar Tempat
-       Di kampung.Pak Denan tinggal di kawasan kampung yang terletak di kawasan pedalaman dan telah mendiami kawasan tersebut lebih daripada 45 tahun  bersama-sama arwah isteri dan dua orang anaknya.
-       Di rumah Pak Denan. Pak Denan tinggal di rumahnya sendiri di kampung.  
-       Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Orang ramai berada di Dataran Merdeka untuk menyertai sambutan hari kemerdekaan.
-       Di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Abdul Rahman dan Abdul Razak pergi ke Tugu Negara untuk mencari Pak Denan kerana menyesal dengan perbuatan mereka yang gagal memahami perjuangan ayah mereka. 
7.    Latar Masyarakat          
-       Masyarakat kampong yang hidup di kawasan pedalaman. Pak Denan tinggal di rumah kampong yang terletak di kawasan pedalaman.
-       Masyarakat Cina yang hidup dalam kelompok masyarakat Melayu dan saling membantu di antara satu sama lain.
-       Masyarakat yang gigih mempertahankan kemerdekaan tanah air. Pak Denan sanggup menjelajah seluruh pelusuk kampong untuk menaikkan semangat rakyat dalam memperjuangkan kemerdekaan.
-       Masyarakat yang ikhlas dalam perjuangan. Pak Denan tidak meminta namanya disanjungi ataupun mengharapkan imbuhan di atas usahanya memperjuangkan kemerdekaan.
-       Masyarakat yang tidak menghargai menilai sebuah kemerdekaan. Generasi yang hidup selepas merdeka seperti Abdul Rahman dan Abdul Razak sudah tidak menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan kerana diulit oleh kesenangan hidup di bumi merdeka.
-        Masyarakat yang gagal memenuhi janji. Anak-anak Pak Denan membohongi bapa mereka kerana tidak sanggup menyusahkan diri untuk membawa Pak Denan ke Kuala Lumpur.
8.    Nilai
-       Suka membantu tanpa mengenal agama, bangsa dan keturunan.
-       Berpendirian tegas dalam membuat sesuatu keputusan
-       Mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air
-       Berjuang secara ikhlas tanpa memikirkan ganjaran dan sanjungan.
-       Bertanggungjawab mendidik anak-anak sehingga berjaya dalam kehidupan mereka.
-       Penyayang kepada isteri dan menghargai jasanya walaupun orang yang disayangi sudah meninggal.
-       Menghargai nilai sebuah kemerdekaan dan tidak taksub dengan kehidupan mewah masa kini tanpa menghargai nilai kemerdekaan yang telah diperolehi hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh terdahulu

9.    Pengajaran

-       Kita hendaklah suka membantu sesiapa saja tanpa mengenal agama, bangsa dan keturunan . contohnya Ah Bee yang suka menolong Pak Denan.
-       Kita hendaklah mengenang jasa orang yang pernah membantu kita. Contohnya Ah Bee yang sentiasa mengenang jasa Pak Denan.
-       Semangat patriotik  hendaklah dipupuk dalam perhubungan pelbagai kaum di Malaysia demi memastikan negara sentiasa aman. 
-       Kita hendaklah berjasa kepada negara tanpa mengharapkan balasan dan sanjungan daripada masyarakat.
-       Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang kepada anak-anak dan mendidik mereka sehingga berjaya.


10.  Sudut Pandangan
-       Menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas.  Contohnya ganti nama orang ketiga dapat dilihat pada perenggan pertama, halaman 70.

11.  Gaya Bahasa

-Simile. Pokok-pokok getah seperti barisan askar yang berbondong-bondong menuju ke medan juang. Halaman 70, baris 11- 13
- metafora. Lorong sejarah . Halaman 71, baris ke- 25.
-Pengulangan perkataan. Kali ini mereka terpaksa mengakui bahawa mereka telah mengabaikan tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab terhadap bapa. Tanggungjawab terhadap negara.  Halaman 77, baris ke -6 hingga ke- 7.
Simpulan bahasa. Darah daging. Halaman 77, perenggan ke- 6.
Singkope. “ tak pejamlah mata ayah kalau tak dapat tengok sendiri sambutan Hari Merdeka tahun ini. Halaman 73, baris ke – 8 hingga ke – 9. 

No comments:

Post a Comment