Tuesday 16 October 2012

CERPEN ANAK GEMBALA (ZAHARI AFFANDI)

ANAK GLOBAL

CERPEN 3   :           ANAK GEMBALA – ZAHARI AFFANDI

1. Tema
   - Cerpen ini bertemakan kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri. Mat Seman digambarkan gigih mempertahankan haknya  untuk memelihara kerbaunya di Lembah Bilut walaupun diarahkan oleh Penghulu Isa supaya berpindah. Mat Seman berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai anak watan yang dibesarkan dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai gembala kerbau daripada ditindas oleh pembangunan yang akan dijalankan di Lembah Bilut.
2. Persoalan
- Persoalan pengorbanan seorang ketua keluarga . Mat Seman yang berkaki sebelah sanggup bersusah payah memelihara 70 ekor kerbau sebagai punca rezeki setelah berhenti sebagai askar.

-Persoalan generasi muda yang mewarisi kepakaran dalam memelihara kerbau.
-Kecintaan terhadap ilmu. Sutinah berhasrat untuk menghantar kesemua anak- anaknya  ke universiti. Mat Seman pula berpandangan bahawa universiti adalah  tempat untuk mendapatkan ilmu.Setelah berilmu mereka sendiri akan mewujudkan kerja. 

-Keberanian seorang lelaki. Tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong. Mat Seman juga berani melepaskan kerbau peliharaannya bagi menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut. 

-Pemodenan dan pembangunan yang mengancam budaya hidup di desa. Bagi Mat Seman, pembangunan di Lembah Bilut akan mencemarkan   kesucian akhlah muda mudi di desa. 


3. Watak dan perwatakan

a) Mat Seman
  • Suami kepada Sutinah dan ayah kepada Sehak, Milah, Kiah dan Semah. Bekas seorang tentera yang memilih untuk menjadi gembala kerbau. 
  • Memiliki ilmu memelihara kerbau. Diperolehi daripada arwah ayahnya dan datuknya.
  • Bekas seorang tentera. Mat Seman pernah berkhidmat  sebagai tentera. Namun dia memohon berhenti kerana kakinya kudung disebabkan terkena jerangkap samar.
  • Mementingkan maruah diri. Baginya kerja menjaga stor merendahkan maruah dirinya. Oleh itu dia berhenti menjadi askar.
  • Mencintai ilmu. Mat Seman bercita-cita supaya semua anak-anaknya belajar hinggake universiti.
  • Berpandangan jauh. Bagi Mat Seman pelajar lulusan universiti haruslah menjadi penternak moden seperti gembala lembu yang berkelulusan tinggi di Amerika Syarikat dan Australia.
  • Tabah. Mat Seman seorang yang tabah. Walaupun kakinya putus dan bapanya meninggal dunia, Mat Seman tidak pernah mengalirkan air mata. Arwah bapanya dan datuknya telah mengasuh Mat Seman menjadi kuat.
  • Mencintai kesucian kampung. Mat Seman tidak suka dibina pusat pelancongan di Lembah Bilut kerana sudah pasti terdapat restoran, coffee house, muzik rock dan sebagainya yang akan mempengaruhi akhlak muda- mudi.
  • Pemurah. Mat Seman akan memberikan baja tahi kerbau kepada orang kampong sebagai baja tanaman sayur-sayuran. Dia juga akan menyembelih kerbau setiap tahun pada setiap Hari Raya Haji.  
b) Sutinah
  •  Isteri kepada Mat Seman. Di awal perkahwinan dia seorang yang pemalu, pendiam   dan takut berhadapan dengan orang ramai.
  •  Mementingkan pendidikan anak-anak. Sutinah mahu anak-anaknya masuk universitidan bekerja di bandar . Sutinah tidak mahu anak-anaknya mewarisi kemunduran dan kemiskinan.
  • Memahami sikap suami. Semasa suaminya pulang dari kerja  dia menyediakan minuman kopi untuk menenangkan perasaan suaminya yang sedang marah. Dia juga berdoa supaya kemarahan suaminya tidak melarat. 

c)    Penghula Isa
  • Ketua Kampung Desa Anggun Batu Sebutir di Lembah Bilut.  
  • Berhasrat untuk memajukan Lembah  Bilut sebagai sebuah pusat peranginan
  • Tidak berdiplomasi kerana mengambil keputuan untuk memugarLembah Bilut tanpa bebincang dahulu dengan Mat Seman.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      


4. Plot

a.    Permulaan
Cerita dimulakan dengan menggambarkan watak Mat Seman sedang menunggu kerbaunya yang sedang meragut rumput di Lembah Bilut. Pada waktu itu dia terkenangkan kepakaran ilu kerbau yang dimiliki oleh datuk dan bapanya. Dia juga terkenangkan nasib dirinya yang terpaksa berhenti menjadi askar kerana terkena jerangkap samar.. Paling merunsingkan hatinya ialah permintaan ketua kampong supaya memindahkan kerbaunya daripada Lembah Bilut.    
b.    Perkembangan
Cerita dikembangkan lagi dengan kehadiran ketua kampong untuk membincangkan perkara yang sama dan memaklumkan bahawa kerja-kerja pembangun  akan bermula di Lembah Bilut. Mat Seman merancang supaya kerbaunya tidak dilepaskan makan di Lembah Bilut keesokan harinya
c.    klimaks
Keesokan harinya  sekumpulan pekerja bersama-sama dengan jentera penyodok telah datang untuk memulakan  kerja.Mat Seman telah melepaskan kerbaunya dengan tujuan untuk  menakut-nakutkan pekerja-pekerja tersebut.
d.    Penurunan
Kerbau-kerbau Mat Seman meluru ke arah pekerja-pekerja tersebut. Namun deruman kereta penyodok yang dikuatkan telah mengejutkan kumpulan kerbau tersebut menyebabkan kerbau-kerbau tersebut berpatah balik lalu memijak Mat Seman yang jatuh kerana tersadung akar pokok kelapa.
e.    Peleraian
Akhirnya kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut tetap diteruskan. 

5. Latar Tempat
            - Di lembah Bilut. Tempat Mat Seman melepaskan kerbaunya untuk meragut rumput. Arwah datuk dan ayahnya juga menjadikan Lembah Bilut sebagai tempat meragut rumput bagi kerbau peliharaan mereka.
            - Di Desa Anggun Batu Sebutir. Tempat tinggal kelurga Mat Seman setelah  berpindah dari kem askar di Perak.
            Kem askar di Perak. Tempat Mat Seman sekeluarga tinggal ketika dia berkhidmat sebagai askar.
            Rumah Mat Seman. Penghulu Isa datang memohon supaya Mat Seman memindahkan kerbau-kerbaunya daripada Lembah Bilut.
           
6. Latar Waktu
            -Waktu petang. Mat Seman duduk di bawah pokok jambu air sambil mengawasi kerbaunya yang sedang meragut rumput di Lembah Bilut. Selepas itu dia mengarahkan kerbaunya  ke kandang apabila hamper senja.
-Waktu pagi. Sutinah dan anaknya keluar ke kandang untuk memberi makan batang-batang pisang kepada kerbau mereka. 

7. Latar Masyarakat
-Masyarakat yang gigih bekerja walaupun kurang . walaupun kakinya putus sebelah, namun Mat Seman  tetap bersemangat waja untuk mencari rezeki.
-Masyarakat yang dahagakan pemodenan. Penghulu Isa menginginkan pembangunan dilaksanakan di kampungnya.akan
-masyarakat yang mencintai kesucian desa. Mat Seman beranggapan pembangunan yang dilaksanakan akan mencemarkan akhlak remaja kampung. 


8. Nilai
- Mementingkan maruah diri. Mat seman sanggup berhenti kerja kerana tugasannya sebagai penjaga stor dianggap merendahkan maruah dirinya.

-Kepentingan memiliki ilmu. Mat seman dan Sutinah mempunyai keinginan yang kuat supaya anak-anaknya dapat menjejakkan kakike universiti. 

-Berpandangan jauh. Mahu supaya lepasan universiti menceburkan diri dalam dunia penternakan secara moden seeperti di Amerika dan Australia. 

-ketaatan seorang isteri. Sutinah taat dengan suruhan suaminya dan memahami sikap suaminya. 

-Mempertahankan budaya tradisi. Mat seman menolak pembangunan di Lembah Bilut kerana ingin mempertahankan budaya tradisi di kampung tersebut.  

-Berkorban. Mat Seman sanggup mengorbankan nyawanya sendiri sehingga dirempuh oleh kerbau-kerbaunya untuk menghalang kerja-kerja pembanhunan di Lembah Bilut. 


9. Pengajaran
  1. kita janganlah menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak gigih berusaha dalam hidup.
  2. kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan dapat menjadikan seseorang inividu itu mengubah taraf hidupnya. 
  3. kita hendaklah mempertahankan budaya tradisi daripada dicemari kerana budaya tradisi merupakan cerminan kehidupan masyarakat.
  4. kita hendaklah berpandangan jauh dan tidak terikat dengan pemikiran lama. 
  5. kita hendalah bertimbangrasa semasa menjalanka tanggungjawab sebagai seorang ketua atau pemimpin. 

10. Sudut Pandangan
  • menggunakan sudut pandangan orang ketiga.
11. Gaya Bahasa
  • Repitisi . Kerbau demam dia tahu, kerbau cerah perut dia tahu, kerbau bunting seminggu pun dia sudah tahu, sampai kerbau hendak berbini pun dia tahu. Halaman 80 , baris I hingga 3.
  • Simile. Ketika inilah Mat seman berasa puas, dia jadi macam seorang jeneral. Halaman 81, baris 1 dan 2
  •  hiperbola. Hati Mat Seman sudah dibancuh dengan batu bukit sejak kecil. Halaman 84, perenggan kedua.
  • personifikasi. Malasnya kian menebal membungkus hatinya. Halaman 86, perenggan 3.
  • Singkope. “ Dahlah Tinah, aku taulah apa nak buat.”

No comments:

Post a Comment